Tuesday, April 27, 2010

DUA GOLONGAN PENGHUNI NERAKA

Rasulullah S.A.W. bersabda:

Dua golongan daripada ahli neraka yang belum kami ketahui, iaitu satu golongan yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dan wanita-wanita yang menari-nari sambil menggelengkan kepala seperti pundak unta. mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan syurga itu dapat dihidu dari jarak sekalian.
(Hadith Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Dengan mukjizat yang dikurniakan kepada Rasulullah S.A.W., maka Baginda dapat mengetahui keadaan manusia di akhir zaman.

Oleh sebab itu, Baginda dapat meramalkan bahawa dua golongan ahli neraka yang dimaksudkan itu akan wujud di dunia akhir zaman ini iaitu:-
1. pemimpin yang zalim.
2. wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang.

dua golongan ini tidak akan dapat menghidu bau syurga dan tidak akan masuk syurga selama-lamanya.


Golongan yang pertama:

PEMIMPIN YANG ZALIM





pemimpin yang zalim ini semasa hidupnya selalu berlaku kejam terhadap rakyat di bawah tanggunjawabnya.




Seorang pemimpin hendaklah berlaku adil terhadap orang yang berada dibawah pimpinannya. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Sekiranya seseorang pemimpin itu berlaku adil, sudah tentu semua rakyat akan mentaatinya dan memberi kerjasama sehingga terlaksananyan peraturan yang disusun untuk kesejahteraan mereka. Bahkan, bukan sahaja rakyat suka kepada pemimpin yang adil ini, malah ALLAH juga mencintai dan membimbingnya ke jalan yang lurus.


Sebagaimana Hadith Rasulullah S.A.W.:-

"Sebaik-baik pemimpin di antara kamu ialah kamu mencintai mereka dan mereka mencintai kamu, dan kamu mendoakan pada mereka dan mereka mendoakan kepada kamu. dan seburuk-buruk pemimpin di kalangan kamu ialah kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu, dan kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu."
( Hadith Riwayat Muslim)

Golongan yang kedua:

WANITA YANG BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG




Wanita-wanita yang mendedahkan auratnya kepada lelaki bukan muhrim yang digambarkan oleh ALLAH dan RasulNya sebagai berpakaian tetapi bertelanjang. walhal, ALLAH S.W.T. telah menunjukkan cara berpakaian yang tidak bertentangan dengan syarak.



Sebagaimana firmanNya:

" Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian yang indah utnuk perhiasan. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda kekuasaaan ALLAH S.W.T., agar kamu mengambil peringatan."

( Al-A'raf:26 )





Dalam firman ALLAH S.W.T. yang lain:-

" Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka itu menahan pandangan, memelihara kehormatan dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, melainkan yang biasa mereka zahirkan. Dan hendaklah mereka menutup tubuh mereka hingga ke dada, janganlah menampakkan perhiasan kecantikannya melainkan kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba sahaya mereka, atau pelayan lelaki yang tidak berkeinginan lagi terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka menghentak-hentakkan kaki mereka supaya diketahui apa yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH, wahai orang-orang yang beriman agar kamu berbahagia."

(An-Nur:31)

Friday, April 16, 2010

“JASMANI CERGAS, INTELEK CERDAS, PEMIMPIN CEKAP, PIMPINAN MANTAP”



15 & 16 APRIL 2010

bertempat di IPG KDRI dan PANTAI MENGABANG TELIPOT
Anjuran Biro Agama dan Moral (BADAM) JPP IPG KDRI


Alhamdulillah program untuk ahli-ahli BADAM pada kali ini berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kesulitan yang besar timbul. program ini bermula pukul 7.00 hari Khamis dan berakhir pada pukul 11.30 pagi hari Jumaat. tentatif program sepanjang 2 hari program berlangsung adalah sebagaimana berikut:-

KHAMIS, 15 APRIL 2010

Masa

Aktiviti

7.00 petang

Berkumpul di Balai Islam al Muttaqi

7.10 petang

Pendaftaran peserta

7.30 petang

Solat Maghrib berjemaah Bacaan Yasin dan Tahlil Solat Isya’ berjemaah

9.30 malam

Ceramah Khas

‘KHALIFAH- TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB’

10.30 malam

LDK 1

11.15 malam

Bacaan Surah Al-Mulk

11.30 malam

Ibadat senyap



JUMAAT, 16 APRIL 2010

Masa

Aktiviti

5.15 pagi

Qiamullail

Zikir munajat

6.15 pagi

Solat Subuh berjemaah Kuliah Subuh

7.15 pagi

Urus diri

7.30 pagi

Bertolak ke Pantai Mengabang Telipot

8.00 pagi

Bacaan Al Ma’thurat

8.15 pagi

Slot Ta’ruf

9.00 pagi

Sarapan

9.30 pagi

Riadah Bermodul

10.30 pagi

Slot LDK

11.00 pagi

Penutup

Ucapan Yang Dipertua BADAM

Doa Wehdah

11.30 pagi

Balik ke institut

1.30 petang

Solat Jumaat

Liqo’ An Nisa’









Ceramah Khas

‘KHALIFAH- TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB’

oleh:
Ustaz Sabawi b. Awang
Penasihat BADAM




Antara contents ceramah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Sabawi bin Awang:-

gerakan Dakwah Islam:
-Al-Ta'rif
-Al-Tanzim
-Al-Tanfiz


Marhalah Ta'rif (Pengenalan)

Marhalah ini dimulakan dengan menyiarkan fikrah secara umum tentang Islam kepada orang ramai. Cara yang dijalankan diperingkat ini ialah dengan menimbulkan kesedaran, memberi pengajaran, mendirikan institusi yang memberi faedah dan lain-lain cara yang praktikal.



Marhalah Al-Tanzim (Organisasi)

Aspek selanjutnya dalam da’wah ialah bagaimanakah sesuatu Jama’ah Islam itu dapat menyusun organisasinya (tanzim) secara teratur dan kemas ke arah mencapai matlamat yang telah digariskannya. Kita juga dapati kelemahan dan kegagalan kebanyakan Jama’ah Islam di dunia pada masa kini adalah berpunca daripada kelemahan aspek pengurusan organisasinya. Berjaya-tidaknya sesuatu Jama’ah Islam amat bergantung kepada bagaimana pimpinan (Qiyadah) dan pengikutnya (Jundiyyah) mengendalikan penyusunan tanzim organisasi Jama’ah itu.



Marhalah At-Tanfiz (Perlaksanaan)

"Dakwah pada peringkat ini adalah jihad yang tidak mengenal penat lelah dan kerehatan malah amal yang tidak mengenal putus asa demi mencapai matlamat yang diperjuangkan. Ujian dan cabaran tidak dapat dihadapi melainkan oleh orang-orang yang benar keimanannya. Kejayaan di peringkat ini tidak akan dapat dicapai kecuali dengan cara memberi ketaatan yang sempurna dan mutlak".

Tanggungjawab yang besar dan berat yang dibebankan ke atas bahu para petugas di medan dakwah membuktikan betapa perjalanan dakwah ini adalah panjang dan jauh, gerak kerjanya terlalu sukar dan jihadnya adalah sengit. Oleh itu mereka yang mengikuti jalan ini wajib mempunyai persediaan untuk menghadapi segala bentuk kekerasan, kesukaran dan pengorbanan. Allah berfirman:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ(2)وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ

Maksudnya:

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

(Surah Al-'Ankabut 29: Ayat 2-3)

وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ

Maksudnya:

"Dan kemenangan itu hanya dari Allah".

(Surah Al-Anfal 8: ayat 10)

Dan Firman Allah lagi:

وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ

Maksudnya:

"Dan kamu tidak (mampu melakukan) apa yang kamu kehendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah".

(Surah Al-Insan 76: Ayat 30)



"TOWER"
LDK 1
Dikendalikan oleh Lajnah Ekonomi, BADAM

mengikut saudara Hazwan, selaku Ketua Lajnah Ekonomi BADAM,
menara yang tinggi itu tidak semestinya gah dengan ketinggiannya, dan yang rendah itu tidak semestinya tiada apa-apa keistimewaannya.

Segala apa yang terjadi di dunia ini, pasti ada hikmahnya. semuanya itu datangnya dari ALLAH s.w.t. yang Maha Mengetahui atas segala apa yang dilakukanNya.


QIAMULLAIL di Balai Islam Al-Muttaqin





Bacaan Al-Ma'thurat
AKTIVITI pertama apabila sampai di Pantai Mengabang Telipot.

















slot TAARUF di antara ahli-ahli BADAM
Dikendalikan oleh Lajnah Takmir Musolla dan Ibadah


Slot ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah di kalangan AJK-AJK pelbagai Lajnah dalam Biro Agama, Kerohanian dan Moral (BADAM) JPP sesi 2010/2011. Semasa slot Taaruf ini, mereka dapat saling kenal-mengenali antara satu sama lain kerana sebelum ini mereka hanya berada di dalam lajnah masing-masing tanpa berpeluang mengenali AJK dari lajnah yang lain.

InsyaALLAH pada sebarang program BADAM yang akan datang, mereka dapat saling bantu-membantu kerana telah mengenali antara satu sama lain. malah lebih mudah bagi mereka untuk menjayakan sesuatu program dengan adanya asas Taaruf semasa program pada kali ini


























AJK BADAM Muslimin.......

AJK BADAM Muslimat......








Thursday, April 8, 2010

macro teaching kali pertama di SKMPKT

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana memberi saya ruang dan peluang untuk menyambung penulisan dalam blog pada kali ini setelah sekian lama menyepi.

pada hari ini (Khamis, 8/4/2010) saya telah melaksanakan satu proses macro teaching di Kelas 4 Pintar di sekolah SKMPKT.



Proses macro teaching ini adalah untuk memberi pengalaman mengajar kepada guru pelatih di IPG. Melalui macro teaching, guru pelatih akan dapat membiasakan diri dengan penggunaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Bahan Bantu Mengajar (BBM), Kaedah, teknik, strategi serta pendekatan pengajaran yang sesuai dengan keadaan murid dan kelas yang diajar.

Semasa macro teaching ini, saya telah menggunakan kaedah simulasi di mana murid-murid akan diberikan situasi, watak serta dialog(ikut keadaan murid, jika mereka tidak mampu berdialog sendiri) dan juga beberapa alat bantu mengajar yang lain.

Alhamdulillah, kaedah simulasi ini mampu dibawa oleh murid-murid tahun 4 Pintar ini. walaupun begitu, ada sedikit penambahbaikan kerana tidak ada watak perempuan dalam cerita ini. Saya menyedari akahn hal ini, dan berharap dapat memperbaiki hal ini pada masa akan datang.