Wednesday, March 30, 2011

Kadang-kadang Ana terfikir juga...


KITA ni tak selalu sangat ingat Allah. Time datang sakit, datang musibah baru nak cepat-cepat ingat Allah. Time duk sesaje jarang pulak ingat kat Pencipta sendiri. Cume kadang-kadang terlintas tu ade r zikir2x sikit. Huhu....BERAT NANANG!

Semalam Ana tersadai bersama seorang sahabat dalam kereta Toyota Corolla kerana kereta rosak di tengah jalan.( Depan masjid Unisza).

Ya Allah...Baru je lepas makan tadi bersama Hakimi, Din, Fahmi, Naim di Restoran Husna. Lepas makan, Ana teringat yang makanan untuk jamuan mad'u dalam usrah malam nie blom ade lg. jd, cadang-cadangnyer nak ler beli cikit. Roti canai k ape ker. Leh gak wat isi perot lepas usrah nanti.

Alhamdulillah...naseb bek dah ade kedai roti canai yg da bukak time2x Maghrib ni. Kat roundabout Unisza tuu...Tapi malam tu, hujan agak lebat r. Jalan pom samar-samar je....kecian gak kt drebar, sahabat aku ni (dalam hati r time tu, hehe...)Nak cari roti canai punyerla pasal, terpaksalah meredah jugok air yang bertakung kt depan kedai tuu. Tenggelam gak r buku lali time tu. Naseb bek pakai 'crocs' cap SPORTS je...hehe. Tak heran r kalo men air pom. Tapi hari nie SPORT da bertukar SPAKO plak dah. Huhu...(Lepas solat Asar tadi, sapela yg pakai selipar same p tukar ngan Ana, Ishk2x....Harap2x dapat tukar blik esok luse. InsyaAllah...tapi OK gak dapat "Crocs' baru...hehe


Jauh plop lari criter td...ishk2x. Memang fail r gni klo nk bercerita. Kena praktis ag nie....
Kite sambung balik criter Ana tadi dgn Toyota Corolla tuu..


Assalamualaikum kak...nak order buleh? tp, nak bungkus r. Nanti saya datang amek. (Sebab tak solat Maghrib ag time tuu...)

"OK, buleh...nk bgkus ape?"Akak tuu.

"Roti canai Telor 3, Kosong 4...OK?" Kata2x Ana sendiri.
"ok" Akak tuu lagi.
"Nanti jap ag saya datang amek yer kak! Time kaseh..." Ana berkata lagi.


Lepas tu, Ana pom bergegas dengan Kimi ke Masjid yang terdekat. Yang paling dekat time tu pom, samada Surau Pak Tuyu or Masjid Unisza. Keputusan on the spot kami plih Masjid Unisza r. Besar ckit. Untung-untung dapat dengar kuliah Maghrib.

Mengarung air jugokler jawabnyer Toyota Corollah malam tu...Air kat roundabout tu memang confirm penuh punyer kalo ujan. Da macam speed boat meredah laut je. haha...

Ana jadi imam, Kimi jd makmum. Solat Maghrib 3 rakaat. Yela, x kan Maghrib 4 rakat kot. ishk3x...klo tanye budak sekolah rendah pom tau, buleh jawab Maghrib 3 rakaat. Hahaha...
Lepas Maghrib tuu....kami rileks2x jap kat beranda tu. Sambil2x curi-curi dengar isi kuliah Magrib time tuu. Tapi tak leh nak focus sangat sebab hujan terlampau lebat. Huhu...belajar kemahiran mendengar berkesan pom xleh nak cover klo lebat camtu. Nak masuk dalam da lewat. Takpela, len kali r aku datang lagi...insyaALLAH...

Tengok jam da pukul 8 malam. Mie, roti canai tadi tak ambek ag. nuggu akak tu nanti. haha...malam ni Ana kene jadi naqib kat junior sem 2 tuu. So, bergegas ktorang ke keta. Da la hujan lebat. demi mad'u punyer pasal, redah jela. Basah pom basah jela time tuu. Redha je. Ujan pom satu rahmat kan...hehe


Masok dalam keta, baju pom da hmpir 30 percents basah. Cepat2x start enjin and teros kuar dari perkarangan Masjid UNisZA. Nak balek cepat ke kampus, siap2x untuk usrah lepas Isyak.
"Mie, jangan lupe stop kat kedai td, amek roti canai..." Ana memulakan dialog time tuu. Risau juge tkot2 drebar lupe. Hehe...


bukbuk..bukbuk..buk..bukk.......
Ayoyoyo....guane gamok nie. Huhu...
Mengeluh juge ckit time tu.

Enjin Toyota Corolla kelabu nie mati daa.... Naseb bek baru masuk jalan ckit je. Klo btol2x dye wat onar kat tengah-tengah jalantu x tau r. Agak2x camaner ek? Uih...boleh kemek Toyota Corolla kelabu nih. Kene langgar ngan kereta belakang.

"Ustaz kate ade usrah malam nie...? Ustaz calling r sape2x mari amek. Kawe duk sini xpe. tunggu pomen mari, klo ade..." Kimi.

"Ai, dakpo r mie, Ana duk cni r. Kejap je nie klo pomen smpai. Klo lambat pom nnt Ana contact bos Lajnah Usrah dan Tarbiyyah (Ustaz Hazwan) untuk gantikan tmpat Ana. Xde hal. Buleh ejah tuu. " Kata-kata Ana pada Kimi.

Lagipom xnak tggal dye sorang time tuu...kan buat tdo dalam kete tu. sampai subuh esok. NAYA! x berkuliah mane r jawabnyer si Kimi nie...

Start punyer start....start lagi...berkali-kali.
Tak juge hidup...ishk2x.

Bahaya jugak kereta atas jalan banyak. Hujan lebat plak tu. Kepala kete da cross da ckit jalan depan Masjid Unisza tuu...kenela turun. Dalam hujan lebat pom kenela tolak jugak Toyota Corolla kelabu ke tepi. Kaki time tu da tenggelam da. Xnampak da 'crocs' hitam. haha...
Sejuk menggigil gak r time tuu...

next: Bersambung...

Saturday, March 26, 2011

JIWA TAUHID!

Assalamualakum...sahabat2x sekalian.

marilah sama2x kite mengucapkan syukur kepada Allah S.w.t. kerana masih lagi memberi kita pinjaman nyawa untuk terus hidup di atas muka bumi ini sambil mencari bekalan secukupnya untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.


kita sering kali menyalahkan anak murid kerana selalu nakal,ponteng kelas dan lain2x.Pastu kita hukum pulak mereka dengan hukuman yang pelbgai. Ada yang kene rotan, kene tampar, kena cubit, buang sekolah, kaunseling dan sebagainya. Tapi, adakah pernah kite terfikir kenapa benda2x sebegini acap kali berlaku???


setiap benda or perkara yang berlaku x kire baik buruk, kite kene TENGOK and KAJI pada dasarnya. jangan kite tengok murid tersebut pada keadaan semasa dan luaran semata-mata.


contoh analogi mudah, kalo kita tanam sebatang pokok di atas tanah. contohnya pokok mempelam. bila da cukup usia , pokok tersebut akan membuahkan hasil. Tapi yang mendukacitakan bila hasil buah tidak seperti yang diharapkan. buahnya banyak ulat melompat sana sini.


jadi, pekebun merujuk kepada yang pakar. Pak Pegawai Tani akan hal ini. kenapa buah mempelamnya tidak menjadi. Pak Pegawai pom oyakla... " eNCIK, buah mempelam encik ni banyak ulat. Klo mengikut pengalaman saya la encik, biasanya encik kurang taruk baja ataupun akar pokok ni rosak. Sebab tula buah x brape nk menjadi..bla2x..."

Begitu rupanya...Buah x menjadi disebabkan akarnya rosak. So? Apa SOLUSInyer?
Kenela Encik td tu ikhtiar dengan cara len untuk mengubati pokoknya itu dengan bermacam-macam cara. Adakalanya di taruk baja buah, siram pokok, baung buah buruk yg jatuh di sekitar poko dan sebgainya. Itulah usha yang mampu dilakukan.

pengajaran: Cegah lebih baik dari mengubati!



Kita kaitkan balik dengan murid tadi. Apabila murid melakukan kesalahan, kita jangan teros cepat menghukum. mungkin ada sesuatu di sebalik kesalahan yang dilakukan. Sebagai seorang guru kita patot mengkaji murid dari pelbagai aspek termasuklah emosi, rohani, keluarga dan sebagainya.


setelah mengkaji, kita akan memberi apa yang sepatutnya kepada murid tersebut. Cuba sedaya upaya membimbing mereka ke arah landasan yang betul selari dengan kehendak Agama ISLAM yang suci murni. InsyaAllah.


Dua perkara penting yang Ana dapat kongsikan kepada antum sebagai salah satu langkah mencapai Mardhotillah. 1st adalah dengan menanamkan murid-murid atau anak-anak kita dengan JIWA TAUHDI. ini penting sebagai asas yang perlu dipasak ke dalam diri anak2x dari kecil lagi.

Bila da ada JIWA TAUHID kepada Allah s.w.t. yang mantap dalam diri masing-masing, maka mudahlah bagi kita selaku ibu bapa, guru-guru dan lain2x untuk menerapkan ilmu-ilmu lain ke dalam jiwa mereka. jika mereka belajar ilmu sekular sekalipun, mereka tidak akan lari dari landasan agama Allah yang benar ini. Jika mereka btol2x faham, mereka tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang Allah sarankan. Kemudian mudahlah bagi yg mempunyai JIWA TAUHID dalam diri mereka untuk menerima ilmu-ilmu lain yang bersangkut paut dengannya seperti Ibadah,Akhlak dan sebagainya.


2nd, pendidikan akhlak cukup penting untuk diterapkan kepada kanak-kanak di usia yang muda lagi. Bak kata pepatah Melayu, lenturlah buluh biarlah dari rebungnya. Nabi sendiri juga cukup mementingkan akhlak dalam kehidupannya. Akhlak Rasulullah s.a.w. merupakan salah satu cara dakwahnya kepada masyarakat.


Pernah suatu masa ketika Rasulullah s.a.w. semasa peristiwa Fathu Makkah, Rasulullah s.a.w. masuk ke negara itu dengan memberi maaf kepada sesuiapa yang mencaci dan buat perkara tidak baik kepada agama dan dirinya. Ramai di kalangan yang pernah menyakiti Nabi dahulu memeluk Islam atas jasa keperibadian Akhlak Nabi. Mereka yang dahulunya mengkhianati Nabi s.a.w. terpegun dengan keluruhan hati Nabi s.a.w. kerana tidak membunuhnya mush-mushnya. malah memberi keampunan lagi kepada mereka.

Setakat ini dulu coretan Ana, moga diberi masa oleh Allah untuk sambungan...

Saturday, March 19, 2011

MasyaALLAH..."Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله

Sedikit perkongsian buat diri dan sahabat-sahabat...

tadi, masa melayari internet ana ada terbaca satu laman web soal jawab. dalam web tersebut ada seorang insan yang ketika itu menuntut di UIA bertanyakan soalan kepada seorang ustaz.


SOALAN:

Pengunaan "Masyaallah" dlm percakapan seharian.

Kadang2 kita terpengaruh dengan movie, terutama cerita p ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah dalam situasi yang silap.

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh ketika anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG .

Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi- wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dengan situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah"Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) atau pun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali)."

Sepanjang pengetahuan saya, Allahuakbar itulah ALLAH THE ALMIGHTY.... Yellow Question Yellow Question Yellow Question Minta Ustaz2 atau sesiapa saja yang mahir Bahasa Arab meresponnya...Wallahua'lam.

itulah pandangan sahabat dan beliau mohon penjelasan dari ustaz berkenaan yang sebenar-benarnya. mari kita tengok penjelasan dari ustaz. Sama-sama kita hayati, perhati dan ambil pengajaran bagi mempastikan kehidupan kita jelas.


JAWAPAN:

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr SunanDrajad dari UIAM dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.


Benar makna Allahuakbar itu ialah Allah the almighty atau Allah Yang Maha Besar. Manakala makna Maa-Syaa-a-Allah adalah lebih kurang maksudnya "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini terbahagi kepada 3 perkataan :

1. Ma (مَا ) - harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّذِي) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (مَاذ) dan juga bukan (not,لَمْ ).

2. Syaa-a (شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (أَرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".

3. Allah ( الله) - Isim (nama atau nouns).


"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله


Didalam senario kita di Nusantara, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan keta'juban atau terkejut atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan.

Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-

ما شاء الله لا قوة إلا بالله
"Maa-Syaa-aAllah La Quwata illa billlah"

Sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

maksudnya:
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].


1. Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dsb lalu berkata Maa-Syaa-a-Allah - "Apa yang Allah kehendaki", seolah2 menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik2nya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.

2. Kesalahan kedua ialah kesalahan dari segi sebutan panjang MAA dan juga tulisannya. Kesalahan ini akan membawa kepada pengertian yang salah. Dari segi tulisan, huruf MA di kombinasikan dengan huruf Syaa-a :-

"MaSyaa-a-Allah" - مشاء الله - yang membawa maksud "Penyebar adalah Allah / A spreader is Allah"

Kesalahan2 ini bukan sahaja berlaku kepada mereka2 yang bukan Arab, malah ini diberlakukan juga dikalangan orang2 Arab sendiri. Disini saya paparkan beberapa website yang melakukan kesalahan tersebut (terutamanya forum2 arab) :-


مشكورين أبناء سالم على الرد والترجمه مشاء الله عليكم الله يحفظكم

http://bukhalifa.com/zayed/archive/index.php/t-5861.html

مشاء الله عليك اختي فطامي

http://www.uae2020.net/forum/archive/index.php/t-296.html

مشاء الله أهلا وسهلا

http://www.atteb.com/Forums/lofiversion/index.php/t4414.html

مشاء الله تبارك الله

http://alm3na.net/vb/printthread.php?t=5080

مشاء الله ............. مشاء الله

http://www.4gg4.com/vb/archive/index.php/t-2067.html

Sekian, wassalam
=========
Rujukan :

1. Munir Baalbaki dan Dr Rohi Baalbaki. Al-Mawrid. cet pertama. Beirut : Dar Al-Ilm LilMalayin, 1997.

http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/maksud-kalimah-masyaallah.html


Sama-samalah kita kongsi dan sampaikan kepada saudara dan sahabat-sahabat yang lain. InsyaAllah...

Saturday, March 5, 2011

BermusAfir Ke PERLIS Indera Kayangan

Alhamdulillah....syukur kepada Allah subhanahu wa taala kerana dengan izinNya dapat ana bersama sahabat-sahabat yang lain selamat sampai di PERLIS(RAZIF API, EYEDEAL SAHIPALUDDIN, COORDY NATION, IZUDDIN SATEX)

-dRebar sepanjang perjalanan, dari KT ke Perlis-




Di sini kami semua menginap di rumah Izuddin (atau lebih dikenali dgn nama SATEX)di daerah Kangar. lebih kurang 7 km je dari Arau (rumah Butang).

Tak sempat nak tulis panjang-panjang.
Hari ni, ktorang mau round-round sekitar Taman Ular, Gua Kelam and etc....Muayyasyah dengan Alam ciptaan Allah s.w.t.

kepada sahabat-sahabat yang accident kat Pekan, Pahang tu, harap bersabar dengan ujian Allah. syukur Alhamdulillah sbb korang dalam keadaan selamat.PBS tetap diteruskan...SELAMAT MENIMBA PENGALAMAN di sekolah masing-masing...

Wallahua'lam...