Tuesday, October 18, 2011

Sedarlah ke diri...

Semua hok kite buat ni...xleh nafi kerana tidak dapat tidak semuanya dtg dari Allah swt.

credit to my friend (Izam) for this pic...

Sunday, October 2, 2011

Pesanan Hasan Al-Banna



Sebagai pemimpin kepada gerakan Islam masa kini yang menjadi rujukan pelbagai pihak, mari kita telusuri kata-kata Hasan Al-Banna ini;

“Wahai kaum muslimin, khasnya yang bersemangat dan tergesa-gesa! … Sesungguhnya jalan dakwah kamu ini, langkah-langkahnya telah disusun, sempadannya telah ditentukan, aku tidak akan menyanggahi sempadan yang aku amat yakin sebagai lebih selamat untuk sampai kepada matlamat. Memang jalannya panjang, tapi tiada jalan lain selain daripadanya… Siapa dari kalangan kamu hendak memetik buah sebelum masaknya… aku tidak bersamanya. Lebih baik dia mencari jalan dakwah yang lain. Siapa yang bersabar dengan aku sehingga benihnya bercambah, pokoknya tumbuh dan buahnya elok sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya di sisi Allah, kita sama-sama akan mengecapai ganjaran para muhsinin: sama ada mendapat kemenangan atau kepiminan, dan sama ada mendapat syahadah atau sa’adah.”

Perlu difahami, kalau semua persiapan dan sumber dah sempurna, kajian sebab dan akibat telah dibuat, maka jangan bertangguh lagi. Teruskan amal, itu bukan isti’jal…
Wallahu a’lam.