Friday, January 6, 2012

Izzatul Islam – Doa Rabithah


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayamu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela
Tajuk Nasyid : Doa Rabithah
Artis : Izzatul Islam
Album : D. T. AK ( Dakwah, Tarbiyyah dan Anti Kezaliman )
Laman Web : http://izzatulislam.com/

Wednesday, November 23, 2011

Pengarah IPG KDRI yang baru...




Alhamdulillah, tidak lama jawatan Pengarah IPG KDRI dikosongkan. tidak sampai sebulan, sudah ada nama pengganti Pengarah baru bagi IPG KDRI iaitu En, Ghulam Sarver Bin Mobarak Ali. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, beliau merupakan bekas salah seorang ahli jemaah Nazir Kuala Lumpur. Dengar desas-desus mengatakan beliau ini seorang yang tegas orangnya.
Apapun kita tunggu sahaja semester baru 2012. Sama-sama kita bertaaruf nanti.



Selamat Datang Pengarah IPG KDRI yang baru...semoga banyak perubahan positif yanga bakal berlaku pada masa akan datang.Semoga IPG KDRI terus meningkat cemerlang di bawah kepimpinan baru. InsyaAllah...

+Maaflah, gambar Pengarah IPGKDRI yang baru tidak ada lagi.

Thursday, November 10, 2011



Maka disebabkan rahmat Allahlah kamu bersikap lemah-lembut kepada mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, tentulah mereka menjauh dari sekelilingmu. ( 3 : 159 )

link terus ke http://mylittlepencil.wordpress.com/

Tuesday, November 8, 2011

Belajar no. 1, tapi DAKWAH bukan no. 2 yer...


Dakwah dan belajar.


“Malas aku keluar berdakwah,baik aku belajar je.Bukanke belajar itu juga dakwah?”Dalih seorang teman.
“Ish,aku nak belajar la..Lain kali la aku berdakwah..”Alasan seorang rakan.
“Aku kena pilih ni,antara belajar dan dakwah…”Hujah seorang kawan.
Persoalannya,adakah belajar dan dakwah itu satu pilihan?
Kenapa,apabila kawan ajak kita berdakwah,kita cakap yang kita takde masa untuk belajar,so kita pilih untuk belajar dan tinggalkan dakwah sedangkan apabila disuruh buat pilihan antara Sunway atau belajar,cepat je kita cakap Sunway.Kenapa bila diberi pilihan antara main bola atau belajar,laju je kita jawab main bola.Tapi kenapa apabila diberi pilihan antara dakwah atau belajar,kita susah sangat untuk pilih berdakwah?
Ketahuilah belajar dan berdakwah itu bukanlah satu pilihan tetapi satu kelebihan.Mana tidaknya,untuk menghasilkan output,kita kena ada input. Untuk berdakwah,kita kena belajar.Rasulullah,walaupun baginda sibuk menyeru manusia menyembah Allah,dalam masa yang sama,Rasulullah juga merupakan murid kepada hazrat Jibrail.Kalaulah belajar dan berdakwah satu pilihan,pasti Rasulullah akan tinggalkan belajar dan pilih untuk berdakwah tetapi Rasul tahu bahawa dakwah dan belajar itu bukanlah satu pilihan tetapi satu kewajipan.
“Takpela,aq berdakwah dengan belajar je la..”
Betul,anda boleh menjadi qudwah hasanat kepada sesiapa yang melihat tetapi cuba tanya kepada diri anda sendiri,adakah dengan belajar,anda telah menyampaikan apa yang Allah dan Rasul Nya cakap.Sabda nabi, “sampaikanlah oleh ku walaupun satu ayat.”Adakah dengan belajar,apa yang disampaikan oleh Rasulullah dapat diterjemahkan di medan dakwah?
Ketahuilah bahawa pemikiran manusia berbeza-beza,maka kita selarikan gerak kerja dakwah supaya tidak menimbulkan fitnah kepada orang luar. Aq bukan mencadangkan semua jemaah Islam bergabung dan tubuh satu jemaah, tetapi cara berdakwah itu harus difahami sebetul-betulnya. Dalam hadis di atas,tegur dengan hati yakni dengan menjadi qudwah hasanat,adalah selemah-lemah iman.



 
Seorang juru dakwah tidak boleh “hanya” bermodal dengan apa yang dah ada dalam dirinya semata-mata. Meskpiun kita mengetahui adanya Hadis “ballighuu anni walau ayat” (sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat), tapi itu harus kita tempatkan secara proporsional.Ertinya, Hadis tersebut harus diertikan sebagai cara Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam untuk menggugah semangat, menguatkan motivasi, agar kaum Muslimin lebih giat lagi berdakwah tanpa dihantui perasaan takut.


Ilmu akan membantu para juru dakwah yang telah memiliki keyakinan dan niat baik, untuk mendakwahkan Islam dengan hujjah yang benar dan kuat. Tanpa ilmu, hujjah kita boleh jadi sangat lemah. 

Selamat berjuang buat rakan2 bakal murabbi dan pendakwah sekalian...mulalah dari sekarang!. Belajar no. 1, tapi DAKWAH itu bukan no. 2!


Tuesday, October 18, 2011

Sedarlah ke diri...

Semua hok kite buat ni...xleh nafi kerana tidak dapat tidak semuanya dtg dari Allah swt.

credit to my friend (Izam) for this pic...

Sunday, October 2, 2011

Pesanan Hasan Al-Banna



Sebagai pemimpin kepada gerakan Islam masa kini yang menjadi rujukan pelbagai pihak, mari kita telusuri kata-kata Hasan Al-Banna ini;

“Wahai kaum muslimin, khasnya yang bersemangat dan tergesa-gesa! … Sesungguhnya jalan dakwah kamu ini, langkah-langkahnya telah disusun, sempadannya telah ditentukan, aku tidak akan menyanggahi sempadan yang aku amat yakin sebagai lebih selamat untuk sampai kepada matlamat. Memang jalannya panjang, tapi tiada jalan lain selain daripadanya… Siapa dari kalangan kamu hendak memetik buah sebelum masaknya… aku tidak bersamanya. Lebih baik dia mencari jalan dakwah yang lain. Siapa yang bersabar dengan aku sehingga benihnya bercambah, pokoknya tumbuh dan buahnya elok sampai masa untuk dipetik, maka ganjarannya di sisi Allah, kita sama-sama akan mengecapai ganjaran para muhsinin: sama ada mendapat kemenangan atau kepiminan, dan sama ada mendapat syahadah atau sa’adah.”

Perlu difahami, kalau semua persiapan dan sumber dah sempurna, kajian sebab dan akibat telah dibuat, maka jangan bertangguh lagi. Teruskan amal, itu bukan isti’jal…
Wallahu a’lam.

Tuesday, August 9, 2011

Di Mana Laila?

Assalamualaikum sahabat dan sahabiah sekalian. Ana mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk update blog sejak kebelakangan ini.

Alhamdulillah, hari ini sambil menunggu untuk persembahan kompang bagi 'Punch card' terakhir Ustazah Habsah di IPG KDRI, Ana diberi kesempatan dan keizinan oleh ALLAH S.W.T. untuk singgah sebentar di Pusat Sumber Ibnu Sina, IPG KDRI. Dalam kesempatan waktu yang ada ini, ingin Ana kongsikan bersama satu cerita yang disampaikan oleh Ustaz Razalli bin Bachik, Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKDRI dalam satu siri KULTUM pada tengah hari tadi.



Kisahnya begini...
Pagi tadi, semasa Ustaz berada di dalam Jabatan Hel Ehwal Pelajar, ada seorang insan datang ebrtemu Ustaz.

Insan: Assalamualaikum Ustaz...boleh tumpang tanya?
Ustaz: Ya..boleh. Ada apa?

Insan: Di mana Laila?
Ustaz: Saya tak tahu.

Insan: Di mana Laila?
Ustaz: Saya tak tahu.

Insan: Di mana Laila?
Ustaz: Saya tak tahu.

Tiga kali insan tadi bertanya pada Ustaz, di mana Laila?. Di mana Laila?. Di mana Laila?
Jenuh Ustaz nak menjawabnye...lagipun manalah Ustaz kenal sape si Laila tu. Pelajar baru kew? Second intake kew? Wallahua'lam...

LAILA???

Insan: JOM Ustaz kita cari Laila?
Ustaz: Nak cari kat mane?

Insan: Ustaz macam x biasa. Ni kan masenye kita nak cari "Laila'...
Ustaz: Nie kan waktu pejabat. Bulan puasa plop tuh. Nantila petang-petang ckit. Boleh?

Insan: Laa...bulan Ramadhan nila waktunya untuk kita cari 'Laila'. Mula dari awal2x. Mudah-mudah Allah pertemukan kita dengan MALAM YANG LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN nie...InsyaAllah, mudah-mudahan ada jodoh.
Ustaz: Laaa....Malam LAILATUL QADAR kew maksud kamu?



Insan: Yer. Hehe...
Ustaz: Awat tak habaq awai2? ishk2...kamu nie...

Insan: Ingat Ustaz perasan tadi. hehe...Jom Ustaz kita gi surau. (",)
Ustaz: JOM!



Rupanya-rupanya 'Laila' yang dicari tadi tu adalah Malam Lailatul Qadar. Hehe...Moga-moga kisah tadi memberi kita suatu semangat baru pada Ramadhan kali ini. Moga-moga kita dipertemukan dengan jodoh yang dicari, "LAILA" tadi. Amiin...
(MAAF kepada Ustaz Razalli sebab Ana dah tokok tambah sikit. Biasala memurnikan bagi nampak meriah. Hehe...)



SELAMAT ditarbiyah dalam Qaryah dan Madrasah Ramadhan 1432H kali ini. Gunakan & manfaatkan Ramadhan yang berbaki 21 hari lagi nie dengan sebaik mungkin...Anggaplah Ramadhan kali ini Ramadhan yang TERAKHIR buat kita semua.

Ramadhan Kareem...