Friday, January 14, 2011

Duhai teman-temanku, marilah kita Renungi Kata-kata Imam Ghazali
(Sombong dan Angkuh)



* Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita





* Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita





* Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita





* Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.



* Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya

* Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.
Duhai teman-tamanku, marilah kita Renungi Kata-kata Imam Ghazali
(Sombong dan Angkuh)



* Apabila bertemu dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak lebih mulia dari kita kerana kanak-kanak masih belum banyak melakukan dosa berbanding dengan kita





* Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih banyak melakukan ibadat kerana lebih lama hidup berbanding dengan kita





* Apabila bertemu dengan orang alim, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana ilmu yang mereka miliki dan pelajari lebih banyak daripada kita





* Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa kerana kejahilan dan kegelapan, tetapi kita membuat dosa dalam keterangan.



* Apabila melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mungkin suatu hari nanti dia akan bertaubat dan insaf atas kesalahannya

* Apabila melihat orang kafir, berdoalah di dalam hati agar suatu hari nanti pintu hati mereka akan disinari oleh taufik dan hidayah dengan izin Allah dan segala dosa mereka akan diampuni.

Saturday, January 8, 2011

PERMULAAN 2011

Tahun 2011 bakal menjadi satu tahun yg mencabar buat semua terutama guru pelatih di IPG KDRI. Tahun ini, penguasaaan disiplin tidak lagi seperti tahun-tahun yg sudah. setelah ketua unit disiplin yg baru dilantik, maka berlakulah sistem yg baru yg mana lebih menuntut pelajar untuk berada pada landasan yg betul. sifarkan salah laku dan kekacauan yang boleh menggangu kelancaran sistem pendidikan di IPG KDRI. InsyaAllah, jika semua terlibat dan memainkan peranan masing-masing dlm perkara ini, tidak mustahil kecemerlangan pasti dijulang....Amiin.

Antara Aktiviti yg berlangsung sepanjang permulaan sesi pengkuliahan 2011...



(Blok Siti Mariam-Nama je blok prompuan, tp penghuninyer lelaki daa...)




(Minggu pertama lagi dh start jaja nasi goreng mek fly dr bilik ke bilik...., pd penghuni kolej kediaman, anda jgn khuatir -nasi goreng masih ada!)







(Shbt2 yg kusyuk mendengar kuliah Maghrib...)






(Same2 lah kita mengimarahkan Balai Islam Al-Muttaqin (BIAM) di IPG KDRI- Pesanan utk diri dan sahabat semua...)


KU PISMP PA Semester 3





(Ustaz Jif bg kuliah Magrib....pasal aurat2 wanita. Jadi kpd2 wanita2 di luar sana (mne ade org duk dalam laptop,hahaks... :) ) jgn lupe pasal aurat.....jgn maen2 pasal aurat)

(rujuklah aL-Quran, hadith2 Nabi Muhammad s.a.w., kitab2 fiqh wanita, atau mne2 buku ilmiah yg membicarakan tentang kewajipan menutup dan menjaga aurat....InsyaAllah terhindar dari api neraka.)

Semoga tahun ini lebih diwarnai dengan bi'ah yg subur nilai2 keislaman buat kita semua.....
Amiin....

Thursday, January 6, 2011

Apa yang aku Buleh semalam?

Alhamdulillah.....ana masih lagi diberi ruang dan umur oleh Allah s.w.t. untuk meneruskan hidup di atas muka bumi pinjaman Allah s.w.t. ini.

tajuk pada kali ini adalah berkisar tentang apa yg ana sempat kutip dengan panca indera yg Allah kurniakan kpd ana setakat keupayaan yg ana ada.


Punctuallity & Kecemerlangan

semasa perhimpunan bersama Pengarah IPG KDRI, En, Mohamad bin Ngah di Dewan Al-Farabi banyak amanat dan perkara yang tlh disentuh di hadapan seluruh pensyarah dan guru pelatih.

"Tahun 2010 mendapati seramai 15 orang iaitu 8.8 % guru pelatih semester8 memperoleh kejayaan cemerlang engan mendapat first class degree (3.75-4.00)...." kata pengarah, En. Mohamad bin Ngah.

dan pada tahun 2010 juga tidak berlaku sebarang masalah besar yang berkaitan disiplin pelajar di ipg. jadi untuk 2011 ini , pengarah mahukan semua guru pelatih mengekalkan prestasi kecemerlangan yang dibuat pada tahun 2010. malah meningkatkannya lagi pd tahun ini, 2011.


berkenaan PUNCTUALLITY, ia adalah satu moto yang sering diaplikasikan oleh pengarah IPGKDRI dalam kamus hidupnya. setiap perkara yang dilakukan mesti tepat pada masanya supaya kita sentiasa bekerja dengan kemas dan profesional.

KECEMERLANGAN? bagi pengarah, tahun 2011 adalah satu tahun yg baru dan akan mengekalkan serta emningkatkan lagi kecemerlangan ipg. IPGKDRI katanya adalah yg ke-3 terbaik dr seluruh 27 IPG di M'sia. Tahniah diucapkan....Alhamdulillah....
bagaimana untuk cemerlang? satu cara yg dicanangkan oleh pengarah, Hirmatilah pensyarah....bila golongan ini dihormati. mereka akan merasakan lbih dihargai dan diperlukan. secara automatiknya, pensyarah akan positif dr segi emosinya. malah mereka juga akan memberi dan mencurahkan ilmu dan pengalaman lebih dr apa yg diperlukan. insyaAllah.....

Saturday, November 13, 2010

Anak Tidak Sah Taraf






Keputusan fatwa:


Anak Tak Sah Taraf ialah:-






(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;



(ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan Syubhah; dan

(iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.




Keterangan/Hujah:





• Pensabitan nasab kanak-kanak hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syara` sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam:
اَلْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ .
Maksudnya:
“Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).”
(Riwayat Jama`ah melainkan Tirmizi)

• Menurut Imam Nawawi, maksud hadith di atas ialah jika seseorang lelaki itu mempunyai isteri atau hamba, maka dia seolah-olah menjadi hamparan tempat tidurnya ( فراش ). Apabila perempuan tersebut melahirkan anak bagi suatu tempoh yang memungkinkan anak itu wujud, maka anak itu disabitkan menjadi anaknya dan hak bagi lelaki berkenaan. Dengan itu, berjalanlah antara mereka hukum pewarisan dan hukum-hakam yang lain.





• Terdapat tiga syarat penting yang perlu dipenuhi dalam menasabkan anak yang lahir hasil daripada pernikahan yang sah iaitu:




1. Ada kemungkinan anak tersebut adalah daripada suami berkenaan, maknanya suami adalah orang yang mempunyai faktor-faktor yang boleh menyebabkan kehamilan isterinya seperti tidak lemah syahwat yang menyebabkan dia tidak mampu menyetubuhi isteri atau dia mandul atau sebab-sebab lain yang boleh menafikan anak itu daripada suami berkenaan.

2. Suami tidak menafikan nasab anak itu daripadanya melalui proses li`an.

3. Isteri melahirkan anak berkenaan dalam tempoh mengandung yang minimum.

• Para ulama’ telah bersepakat menetapkan bahawa tempoh minimum seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak ialah enam bulan. Penentuan tempoh enam bulan tersebut adalah berdasarkan maksud dua ayat Al-Qur'an yang menerangkan tentang masa hamil (tempoh mengandung) dan penyusuan.

1. Firman Allah subhanahu wata`ala:

{ وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَـثُونَ شَهْرًا }
Maksudnya:
“Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Surah Al-Ahqaf 46:15)

2. Firman Allah subhanahu wata`ala yang lain:

{ وَفِصَلُهُ فِى عَامَيْنِ }
Maksudnya:
“Dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.”
(Surah Luqman 31:14)

Daripada maksud kedua-dua ayat di atas, jika ditolak tempoh masa penyusuan anak iaitu 2 tahun atau 24 bulan daripada tempoh 30 bulan (masa keseluruhan hamil dan menyusukan anak), bererti masa yang bakinya, iaitu tempoh hamil ialah 6 bulan.





• Ash-Shaykh Muhammad `Ali As-Sabuni dalam kitabnya “Rawa’i` Al-Bayan” menyebutkan bahawa telah diriwayatkan, bahawa seorang perempuan berkahwin, kemudian melahirkan anak setelah enam bulan daripada perkahwinannya. Dia dihadapkan kepada khalifah `Uthman radhiyallahu `anh. Beliau mahu merejam perempuan berkenaan, tetapi Ibnu `Abbas berkata kepada `Uthman: “Perempuan ini, jika dia menentang kamu dengan kitab Allah, kamu akan kalah.”

Allah berfirman:

{ وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَـثُونَ شَهْرًا }

Maksudnya:
“Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Surah Al-Ahqaf 46:15)

Firman Allah selanjutnya:

{ وَالْوَلِدَتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ }
Maksudnya:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”
(Surah Al-Baqarah 2: 233)

Maka, tempoh hamil ialah 6 bulan dan penyusuan pula 24 bulan. Berdasarkan dalil itu, Sayyidina `Uthman radhiyallahu `anh pun membebaskan wanita berkenaan daripada hukuman.

• Ahmad Mustafa Al-Maraghiy di dalam kitab “Tafsir Al-Maraghiy” turut menyebutkan bahawa tempoh kehamilan dan menghentikan anak daripada menyusu memakan masa selama 30 bulan. Ayat 233 Surah Al-Baqarah itu menunjukkan bahawa tempoh hamil yang paling singkat ialah selama 6 bulan dan tempoh menyusu yang paling lama ialah genap 2 tahun. Masa yang tinggal untuk mengandung hanya 6 bulan. Dengan demikian dapat diketahui masa mengandung yang paling pendek dan masa menyusu yang paling lama.





Orang pertama yang membuat kesimpulan ini berdasarkan ayat tersebut ialah `Ali karamallahu wajhah yang kemudiannya dipersetujui oleh `Uthman radhiyallahu `anh bersama para sahabat Nabi sallallahu `alayhi wasallam. Muhammad Ishaq iaitu pengarang kitab “As-Sirah” meriwayatkan daripada Ma`mar ibn `Abdullah Al-Juhaniy yang berkata:


“Ada seorang lelaki dari kalangan kami yang mengahwini seorang wanita daripada Bani Juhaynah. Wanita itu melahirkan anak setelah perkahwinannya genap selama enam bulan. Maka suaminya menemui `Uthman radhiyallahu `anh untuk menceritakan perkara tersebut. Selepas itu, `Uthman pun menyuruh wanita itu menemuinya, dan ketika wanita itu mahu memakai pakaiannya, saudara perempuannya pun menangis. Lalu wanita itu berkata kepadanya, “Mengapa kamu menangis? Demi Allah, tidak ada seorang pun antara makhluk Allah subhanahu wata`ala yang telah mencampuri aku sama sekali selain dia. Kemudian Allah subhanahu wata`ala pun memberi keputusan kepadaku menurut kehendakNya.” Ketika wanita itu ditempatkan di hadapan `Uthman, maka `Uthman pun menyuruh wanita itu direjam. Apabila perkara itu didengar oleh `Ali, beliau pun menemui `Uthman lalu berkata: “Apakah yang kamu lakukan?” `Uthman pun menjawab: “Wanita itu bersalin setelah usia perkahwinannya genap enam bulan dan mustahil perkara ini berlaku.” `Ali pun berkata kepadanya: “Tidakkah engkau membaca Al-Qur’an?” “Tentu”, jawab `Uthman. `Ali pun berkata lagi: “Tidakkah engkau mendengar Allah subhanahu wata`ala berfirman:






“Mengandungnya sehingga memutuskan susu itu selama 30 bulan.” FirmanNya pula: “... selama enam bulan penuh.” Kamu dapati bakinya hanya enam bulan. Kemudian `Uthman pun berkata: “Demi Allah, aku tidak berfikiran sejauh itu. Bawalah ke mari wanita itu.” Ternyata wanita itu benar-benar telah dipersiapkan untuk menerima hukuman.” Ma`mar pun berkata: “Demi Allah, tidak ada gagak yang serupa gagak, dan tidak ada telur yang serupa telur sehingga melebihi persamaan anak itu dengan bapanya.” Ketika ayahnya tahu, beliau pun berkata: “Anakku, demi Allah, aku tidak ragu mengenainya.”





Diriwayatkan juga bahawa Ibn `Abbas berpendapat apabila ada wanita yang bersalin setelah mengandung sembilan bulan, maka cukuplah baginya untuk menyusui anaknya selama 21 bulan. Seterusnya apabila wanita itu bersalin setelah mengandungkan anaknya selama tujuh bulan, hendaklah dia cukupkan baginya untuk menyusui anaknya selama 23 bulan. Begitu juga apabila dia bersalin setelah mengandung selama enam bulan, hendaklah dia menyusui anaknya selama dua tahun secara genap.

• Oleh yang demikian, para ulama’ telah menetapkan hukum bahawa mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan atau lebih yang dikira daripada masa suami isteri boleh bersatu melalui nikah yang sah, maka nasab anak tersebut disabitkan kepada suami wanita berkenaan pada zahir sahaja dan berjalanlah segala hukum-hakam nasab ke atasnya. Sebaliknya, jika anak tersebut lahir kurang daripada enam bulan, maka nasabnya tidak bersambung dengan suami kepada ibu atau wanita yang melahirkan anak berkenaan. Anak tersebut hendaklah dinasabkan kepada ibu yang melahirkannya sahaja dan jika hendak dibin atau dibintikan, boleh dinasabkan kepada ibunya atau kepada nama `Abdullah atau salah satu daripada Asma’ullah Al-Husna.


• Tersebut di dalam kitab “Hasyiyah Al-Bayjuri `Ala Fath Al-Qarib” dan kitab “At-Tuhfah” karangan Al-Imam Ibn Hajr bahawa enam bulan itu dikira tiap-tiap bulan daripadanya 30 hari. Ini bererti enam bulan itu ialah 180 hari dan dua lahzah pula ialah tempoh persetubuhan (lahzah ad-dukhul) dan tempoh mengeluarkan anak (lahzah al-wiladah). Pendapat ulama’ Syafi`i bahawa tempoh hamil yang paling minimum adalah dalam tempoh 180 hari itulah juga yang menjadi pendapat jumhur ulama’, melainkan Imam Malik yang menyatakannya 175 hari. Bahkan terdapat sebahagian negara seperti Syria telah menetapkan dalam undang-undangnya bahawa tempoh minimum hamil atau mengandung itu ialah 180 hari. Pengiraan 180 hari itu bermula dari waktu suami isteri itu boleh bersatu yang memungkinkan anak itu lahir daripada benih suami berkenaan setelah `aqad nikah yang sah.





• Oleh yang demikian, mana-mana anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dan dua lahzah atau kurang 180 hari daripada tarikh mereka boleh bersatu setelah `aqad nikah yang sah, maka anak itu tidak boleh dibin atau dibintikan kepada suami perempuan yang melahirkannya. Dalam erti kata yang lain, anak tersebut tidak bersambung nasabnya dengan lelaki yang menjadi suami kepada perempuan yang melahirkannya.

Thursday, October 28, 2010

SINOPSIS


"SEINDAH MAWAR BERDURI"





Khazinatul Asrar…khazanah kerahsiaan.

Seorang gadis yang menyimpan rahsia kesucian hati yang takut dan cinta pada Ilahi di sebalik tabir aurat yang menghijab diri. Dia menjadi siulan ramai lelaki namun falsafah cinta yang dipegangnya menyebabkan dirinya tidak mudah untuk dimiliki. Dia tetap teguh dengan falsafahnya biarpun didatangi dugaan cinta silih berganti.
Khazinatul Asrar mendapat keistimewaan itu kerana rahsia falsafah cintanya pada Ilahi. Cinta yang kudus dan suci.Kehebatan falsafah cintanya itu menyebabkan banyak kumbang yang akur tewas. Mereka tak terdaya menempuhi ranjau dan duri sepanjang perjalanan untuk menyunting mawar idaman.


Apakah sebenarnya falsafah cinta Khazinatul Asrar?
Adakah cintanya semata-mata untuk Ilahi lalu meminggirkan lelaki?
Kenapakah ramai kumbang yang tercabar untuk memiliki si mawar yang sedang mekar di Taman Larangan itu? dan banyak lagi persoalan yang perlu diterokai….


Akhirnya muncullah si jejaka pilihan Allah S.W.T buat si mawar berduri, menyingkap seribu satu rahsia kesucian hati di sebalaik tabir cinta Khazinatul Asrar. Bagaimana Khazinatul Asrar akhirnya dimiliki? Siapakah sang kumbang itu yang berjaya mencari penawar bisa duri wardah?





Yang pasti, novel ini menghidangkan kebenaran janji Allah yang termaktub dalam surah An-Nur,
“Wanita yang toyyibaat itu untuk lelaki yang toyyibuun…”
Sucinya cintamu Khazinatul Asrar, seindah mawar berduri…


FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN


Sebuah cerita yang begitu baik karangan Fatimah Syarha Mohd Nordin untuk tatapan kita semua yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Untuk bacaan penuh, sila rujuk pada url berikut:

http://hatiperantau.files.wordpress.com/2009/04/seindah_mawar_berduri.pdf

Selamat membaca!

Tuesday, October 26, 2010




SALAM IMTIHAN...





Buat sahabat seperjuangan, bakal-bakal pendidik,


Bagaimana persediaan masing masing dalam menghadapi peperiksaan. Sudah semestinya segala keupayaan minda termasuk daya hafalan, kefahaman dan latih tubi dilakukan habis-habisan. MasyaAllah, seperti ke medan peperangan.

Bagus, teruskanlah usaha kalian, moga Allah SWT mengurniakan nikmat kebaikan dan pertolongan terhadap usaha saudara-saudari dalam jihad akademik yang dilakukan. Tapi jangan asyik usaha saje, perintah dan larangan Allah jgn lupa yer!








TIPS-TIPS PEPERIKSAAN...

Pada kesempatan ini, Ana ingin kongsikan sedikit tentang tips-tips peperiksaan yang boleh kita aplikasikan demi keuntungan bersama. Moga-moga sedikit sebanyak tips ini mampu memberi keringanan dan membantu saudara-saudari menempuhi peperiksaan dengan jayanya, insyaAllah...Lepas usaha, jgn luper bertawakkal kepada Allah S.W.T. melalui doa kepada-Nya. Ingat tuu!




1. Kesihatan


Dalam menghadapi peperiksaan, kesihatan memainkan elemen yang sangat penting. Minda yang sihat datangnya dari tubuh yang sihat. Oleh yang demikian, pastikan para calon peperiksaan mendapat makanan yang seimbang. Juga, banyakkan makanan minda seperti kurma dan kismis.

Selain itu, di waktu winter ni, jangan biarkan badan terdedah kepada kesejukan untuk jangka yang lama, atau lebih tepat untuk kita katakan, "keep yourself warm".






Banyakkan minum air kerana air adalah molekul penyerap tenaga yang paling cekap. Ini terbukti melalui kajian saintifik bagaimana molekul-molekul air mampu menyerap perkataan-perkataan dengan memberikan rupa bentuk yang menarik.


Dari sudut alternative medicine juga, kita melihat bagaimana seorang yang cedera dapat dilegakan dengan basuhan air pada kawasan tersebut. Apabila seorang cedera, sel-sel yang cedera seperti kehilangan memori ke kawasan sekitar dan basuhan yang dilakukan dengan segera dengan air dapat membantu penyerapan semula memori-memori yang hilang. Oleh itu, banyakkan meminum air kerana, insyaAllah, ia dapat membantu penyerapan memori dalam pelajaran. Air dapat membantu mengekalkan tahap hidrasi (hydration) pelajar-pelajar dan ini menjamin kelancaran peredaran darah ke otak.





2. Senaman Ringan



Tidak dapat dinafikan peperiksaan selalunya membawa pelajar untuk duduk di meja sambil study berjam-jam. Ini sememangnya tidak sihat.






Selitkan sedikit waktu untuk senaman ringan bagi membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecekapan penyerapan glukosa ke dalam badan yang seterusnya memberi kesegaran kepada badan. Apabila badan kita segar, kita akan berasa selesa untuk belajar disamping minda juga akan berasa aktif.

Apabila senaman tidak dilakukan, badan akan terasa lesu, tak bermaya dan ini akan memberikan kesan dan impak negatif terhadap potensi otak.





3. Belajar berkumpulan

Sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar untuk menumpukan waktu-waktu terakhir sebelum peperiksaan untuk belajar bersendirian. Ini bukanlah sesuatu yang tidak baik. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik untuk pelajar merancang waktu untuk mewujudkan ulangkaji berkumpulan.





Study Group mampu untuk menjadi satu kaedah yang efektif bagi membantu dalam speed revision. Selain itu, interaksi akademik dengan rakan-rakan juga dapat membantu meluaskan networking sel-sel otak yang akhirnya, insyaAllah mampu memperluaskan potensi kefahaman pelajar-pelajar.





4. Hubungan vertikal

Perkara ini merupakan elemen yang terpenting kerana biarpun lautan usaha, biarpun cerdik geliga, tanpa redha dan pertolongan Allah SWT, maka tidak ada sesiapa yang mampu berjaya.

Satu lagi perkara yang perlu kita letakkan di dalam radar masing-masing, kita mahukan kejayaan dengan redha Allah, bukannya istidraj. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.

Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya. Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan. Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.

Kita mahu biarlah kejayaan kita ni mendekatkan diri kepada Allah bukan sebaliknya. Oleh itu, marilah sama-sama check hubungan dengan Khaliq, kalau agak-agak teruk, marilah mulakan usaha memperbaikinya, bukan untuk exam tetapi jadikan exam sebagai asbab untuk memulakannya.





5. Hubungan horizontal


Hubungan ini juga penting. Di waktu-waktu exam ni, sering akan kita lihat rakan yang selalunya tersenyum riang bersama bertukar menjadi seorang yang serius, kadang-kala seperti tidak pernah berkawan dengan kita. Gurau dijadikan suatu perkara yang serius, perkara remeh bertukar menjadi satu isu. fikir-fikirlah. jangan disebabkan gurauan bodoh kita, menyebabkan hati tidak tenteram, ukhuwwah tergadai. ambil kira emosi sahabat sebelum bergurau...






Oleh yang demikian, apabila menghampiri waktu exam, seorang sahabat, ambillah hati rakan yang lain. Lakukan perkara-perkara yang disukainya, kurangkan senda gurau, banyakkan text-text motivasi yang dapat membina semangat dan keazaman.









Semoga sedikit sebanyak tip-tip yang yang disediakan ini dapat membantu kita semua menghadapi peperiksaan dengan baik. Didoakan juga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.