Tuesday, October 12, 2010

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.....



Alhamdulillah…..


Syukur kepada Allah S.W.T. kerana telah dipermudahkan segala kerja dalam urusan seharian bermula dari bangun pagi sehinggalah melelapkan mata semula.


Pada kali ini, Ana berkesempatan untuk menyambung semula penulisan kerana beban tugasan sebagai seorang penuntut ilmu di IPG semakin hari telah berkurangan memandangkan musim peperiksan telah hampir. Masing-masing mengucapkan syukur kerana berjaya melepasi tuntutan tugasan dan sekarang bermula pula saat persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester. InsyaAllah, moga-moga kita semua memperoleh kejayaan yang manis. Yang PALING penting, usaha mesti diiringi dengan tawakkal kepada Allah S.W.T. Ingat tuu!


Sebenarnya, dalam banyak-banyak ujian seperti tugasan, kerja-kerja persatuan dan sebagainya adalah rahmat dan hikmah dari Allah S.W.T. buat kita semua. Jika Allah S.W.T. tak sibukkan kita semua di atas muka bumiNya dengan perkara-perkara sebegini, kita mungkin terus leka dari mengingatiNya. Hati kita mudah terdorong oleh runtunan hawa nafsu dan bisikan syaitan durjana yang memang suka menyesatkan anak-anak Adam. Jadi, bersyukurlah dengan ujian dari Allah S.W.T. kepada kita semua kerana ianya tidak setimpal jika hendak dibandingkan dengan ujian-ujian yang diterima oleh golongan-golongan terdahulu sebelum kita sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran.

Kita tidak lagi berperang seperti umat terdahulu.

Kita tidak lagi perlu membawa pedang ke sana ke mari.

Kita x perlu lagi menumpahkan darah di sana sini.



Namun demikian, kita perlu ingat….
Sekarang, kehidupan manusia dikelilingi dengan banyak benda yang melalaikan. Samada kita sedar atau tidak, itulah realitinya pada hari ini. Kita tak mampu lari dari semua benda. lagu-lagu mane skalipun, kita tetap kene teruskan dan tak boleh berundur. Yang penting, kita kena pandai membezakan antara yang baik dan buruk.






Sebab itulah Allah kurniakan manusia dengan akal fikiran berbanding dengan makhluk Allah yang lain. Cukup bodoh seseorang manusia itu jika meletakkan dirinya menjadi MANGSA hawa nafsu dan syaitan durjana kerana akal manusia mampu mengatasi segala-galanya. Akal yang waras mampu menepis godaan-godaan nafsu dan syaitan.



Walaupun begitu, dengan berpaksikan akal semata-mata, manusia masih lagi tergugat. Hanya satu elemen yang boleh mengawal keseluruhan perilaku kita iaitu segumpal darah yang bernama “Hati”.




ألا إنّ دِمَ اللَّهِ في أسْضِهِ مَذَبسِمُهُ ألا وإنّ في الجَسَذِ
مُضْغَخً إرا صَلَّذَذْ صَلَّخَ الجَسذُ كُلُّهُ وإرا فَسَذَدْ فَسَذَ الجَسَذُ
كُلُّهُ ألا وهْيَ القَلّتُ
“Sesungguhnya dalam tubuhjasad itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnyadan bila jahat ia nescaya jahatlahseluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah, ia adalah qalb(hati)”

(Hadith Bukhari dan Muslim)


Manusia dapat melalui setiap ujian dan cabaran Allah S.W.T. mengikut keadaan hati manusia masing-masing. Segala pemikiran, percakapan, perlakuan manusia akan hancur jika hati dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan nafsu. Hati yang kotor inilah menyebabkan manusia tidak sanggup menghadapi ujian Allah sehinggakan sanggup mengikut hasutan syaitan daripada Suruhan Allah S.W.T. Mereka telah set dalam minda mereka bahawa suruhan Allah ini mengganggu proses kehidupan mereka seharian. “Sampaikan kena solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa lagi, zakat lagi dan sebagainya.” Mereka anggap semua benda tersebut itu tidak mendapat apa-apa kelebihan dan keuntungan buat mereka.

Nauzubillah…..harap-harap kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.




Kita kene ingat, kehidupan dunia ni hanya sementara. Sekejap sangat… Segala kehidupan, kecantikan, kemewahan, kesenangan, kedudukan dan lain-lain tu adalah hak Allah dan pinjaman dariNya yang bersifat sementara. Allah boleh ambik semua tu dalam sekelip mata sahaja. Allahu Akbar!







Kita kene set dalam minda kita bahawa dunia nie adalah kebun-kebun buat kita semua untuk bercucuk tanam dan mencari hasil sebagai bekalan untuk bertemu dengan Yang Maha Agung, Allah S.W.T. di akhirat kelak. Banyak kita bercucuk tanam, banyaklah keuntungan yang kita dapat. Mungkin kita tak Nampak nilai tuaian yang kita hasilkan di atas muka bumi nie, tetapi banyak memberi keuntungan di akhirat kelak. Pekebun tak perlu modal yang banyak. Hanya perlu buat segala suruhan Allah, dan tinggalkan segala laranganNya. Itu sudah mencukupi….

No comments:

Post a Comment