Tuesday, August 9, 2011

Di Mana Laila?

Assalamualaikum sahabat dan sahabiah sekalian. Ana mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk update blog sejak kebelakangan ini.

Alhamdulillah, hari ini sambil menunggu untuk persembahan kompang bagi 'Punch card' terakhir Ustazah Habsah di IPG KDRI, Ana diberi kesempatan dan keizinan oleh ALLAH S.W.T. untuk singgah sebentar di Pusat Sumber Ibnu Sina, IPG KDRI. Dalam kesempatan waktu yang ada ini, ingin Ana kongsikan bersama satu cerita yang disampaikan oleh Ustaz Razalli bin Bachik, Pegawai di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKDRI dalam satu siri KULTUM pada tengah hari tadi.



Kisahnya begini...
Pagi tadi, semasa Ustaz berada di dalam Jabatan Hel Ehwal Pelajar, ada seorang insan datang ebrtemu Ustaz.

Insan: Assalamualaikum Ustaz...boleh tumpang tanya?
Ustaz: Ya..boleh. Ada apa?

Insan: Di mana Laila?
Ustaz: Saya tak tahu.

Insan: Di mana Laila?
Ustaz: Saya tak tahu.

Insan: Di mana Laila?
Ustaz: Saya tak tahu.

Tiga kali insan tadi bertanya pada Ustaz, di mana Laila?. Di mana Laila?. Di mana Laila?
Jenuh Ustaz nak menjawabnye...lagipun manalah Ustaz kenal sape si Laila tu. Pelajar baru kew? Second intake kew? Wallahua'lam...

LAILA???

Insan: JOM Ustaz kita cari Laila?
Ustaz: Nak cari kat mane?

Insan: Ustaz macam x biasa. Ni kan masenye kita nak cari "Laila'...
Ustaz: Nie kan waktu pejabat. Bulan puasa plop tuh. Nantila petang-petang ckit. Boleh?

Insan: Laa...bulan Ramadhan nila waktunya untuk kita cari 'Laila'. Mula dari awal2x. Mudah-mudah Allah pertemukan kita dengan MALAM YANG LEBIH BAIK DARI 1000 BULAN nie...InsyaAllah, mudah-mudahan ada jodoh.
Ustaz: Laaa....Malam LAILATUL QADAR kew maksud kamu?



Insan: Yer. Hehe...
Ustaz: Awat tak habaq awai2? ishk2...kamu nie...

Insan: Ingat Ustaz perasan tadi. hehe...Jom Ustaz kita gi surau. (",)
Ustaz: JOM!



Rupanya-rupanya 'Laila' yang dicari tadi tu adalah Malam Lailatul Qadar. Hehe...Moga-moga kisah tadi memberi kita suatu semangat baru pada Ramadhan kali ini. Moga-moga kita dipertemukan dengan jodoh yang dicari, "LAILA" tadi. Amiin...
(MAAF kepada Ustaz Razalli sebab Ana dah tokok tambah sikit. Biasala memurnikan bagi nampak meriah. Hehe...)



SELAMAT ditarbiyah dalam Qaryah dan Madrasah Ramadhan 1432H kali ini. Gunakan & manfaatkan Ramadhan yang berbaki 21 hari lagi nie dengan sebaik mungkin...Anggaplah Ramadhan kali ini Ramadhan yang TERAKHIR buat kita semua.

Ramadhan Kareem...








2 comments:

  1. post yg mntop! mga kita diizinkanNya utk mngecapi udara lailatul qadar dan dapat bribadah di dalamnya..amin

    ReplyDelete