Tuesday, January 17, 2012

Bukan mudah menjadi pemimpin...


----------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbt...

(cukup payah untuk mencari ruang menulis sejak bermula semester baru ini. Mungkin kita sahaja yg menyibukkan diri? Wallahua'lam... )

mungkin sebelum ini aku hanya menjadi orang bawahan dan sekali-sekala memimpin di peringkat bawah, tapi kali ini aku diuji dengan dugaan yang cukup berat dan mencabar buat diriku sepanjang menjalani pengajian sarjana muda perguruan (PISMP) di IPG KDRI. Aku sendiri sedar bukan mudah, bukan senang untuk menjadi orang memimpin daripada orang yang dipimpin. Berada di atas bukan lagi dengan kapasiti biasa. Kapasiti yang dahulunya cukup untuk diri sendiri perlu ditambah dan diagihkan kepada yang berada di bawah pimpinan kita.

Orang di bawah bukan seorang, bukan 3, 5 dan sebagainya tetapi seluruh Warga IPG KDRI menjadi tanggungjawab kita. Hatta abang dan kakak2 yang menjaga kebersihan dan keindahan IPGKDRI juga menjadi tanggungjawab kita untuk meraikan mereka semua. Cukup sukar untuk meraikan semua itu tapi akan diusahakan sebaik mungkin. Walaupun sukar, kita perlu cuba dan terus mencuba. (Sekiranya dipilih....).

Dugaan yang jarang-jarang ada insan yang berani untuk mengisi jawatan tertinggi dalam kalangan mahasiswa guru. Aku tidak menduga dicadangkan oleh sahabat-sahabat seperjuangan untuk menjadi calon. Aku tidak meminta malah kalau boleh cuba mengelakkan daripada semua itu. Namun apakan daya, semuanya takdir Allah.

Dengan kepercayaan daripada sahabat-sahabat seperjuangan, aku gagahkan diri. Mudah-mudahan doa kalian dimakbulkan.

Dengan bekal firman Allah swt, aku gagahkan diri....

لَا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


maksudnya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Doakan kejayaan....



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment