
15 & 16 APRIL 2010
bertempat di IPG KDRI dan PANTAI MENGABANG TELIPOT
Anjuran Biro Agama dan Moral (BADAM) JPP IPG KDRI
Alhamdulillah program untuk ahli-ahli BADAM pada kali ini berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kesulitan yang besar timbul. program ini bermula pukul 7.00 hari Khamis dan berakhir pada pukul 11.30 pagi hari Jumaat. tentatif program sepanjang 2 hari program berlangsung adalah sebagaimana berikut:-
Masa | Aktiviti |
7.00 petang | Berkumpul di Balai Islam al Muttaqi |
7.10 petang | Pendaftaran peserta |
7.30 petang | Solat Maghrib berjemaah Bacaan Yasin dan Tahlil Solat Isya’ berjemaah |
9.30 malam | Ceramah Khas ‘KHALIFAH- TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB’ |
10.30 malam | LDK 1 |
11.15 malam | Bacaan Surah Al-Mulk |
11.30 malam | Ibadat senyap |
| |
JUMAAT, 16 APRIL 2010
Masa | Aktiviti |
5.15 pagi | Qiamullail Zikir munajat |
6.15 pagi | Solat Subuh berjemaah Kuliah Subuh |
7.15 pagi | Urus diri |
7.30 pagi | Bertolak ke Pantai Mengabang Telipot |
8.00 pagi | Bacaan Al Ma’thurat |
8.15 pagi | Slot Ta’ruf |
9.00 pagi | Sarapan |
9.30 pagi | Riadah Bermodul |
10.30 pagi | Slot LDK |
11.00 pagi | Penutup Ucapan Yang Dipertua BADAM Doa Wehdah |
11.30 pagi | Balik ke institut |
1.30 petang | Solat Jumaat Liqo’ An Nisa’ |
Ceramah Khas
‘KHALIFAH- TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB’oleh: Ustaz Sabawi b. Awang
Penasihat BADAM
Antara contents ceramah yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Sabawi bin Awang:-
gerakan Dakwah Islam:
-Al-Ta'rif
-Al-Tanzim
-Al-Tanfiz
Marhalah Ta'rif (Pengenalan)
Marhalah Al-Tanzim (Organisasi)
Aspek selanjutnya dalam da’wah ialah bagaimanakah sesuatu Jama’ah Islam itu dapat menyusun organisasinya (tanzim) secara teratur dan kemas ke arah mencapai matlamat yang telah digariskannya. Kita juga dapati kelemahan dan kegagalan kebanyakan Jama’ah Islam di dunia pada masa kini adalah berpunca daripada kelemahan aspek pengurusan organisasinya. Berjaya-tidaknya sesuatu Jama’ah Islam amat bergantung kepada bagaimana pimpinan (Qiyadah) dan pengikutnya (Jundiyyah) mengendalikan penyusunan tanzim organisasi Jama’ah itu.
Marhalah At-Tanfiz (Perlaksanaan)
"Dakwah pada peringkat ini adalah jihad yang tidak mengenal penat lelah dan kerehatan malah amal yang tidak mengenal putus asa demi mencapai matlamat yang diperjuangkan. Ujian dan cabaran tidak dapat dihadapi melainkan oleh orang-orang yang benar keimanannya. Kejayaan di peringkat ini tidak akan dapat dicapai kecuali dengan cara memberi ketaatan yang sempurna dan mutlak".
Tanggungjawab yang besar dan berat yang dibebankan ke atas bahu para petugas di medan dakwah membuktikan betapa perjalanan dakwah ini adalah panjang dan jauh, gerak kerjanya terlalu sukar dan jihadnya adalah sengit. Oleh itu mereka yang mengikuti jalan ini wajib mempunyai persediaan untuk menghadapi segala bentuk kekerasan, kesukaran dan pengorbanan. Allah berfirman:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ(2)وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Maksudnya:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 3- Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.(Surah Al-'Ankabut 29: Ayat 2-3)
وَمَا النَّصْرُ إِلَّا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
Maksudnya:
"Dan kemenangan itu hanya dari Allah".
(Surah Al-Anfal 8: ayat 10)
Dan Firman Allah lagi:
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ
Maksudnya:
"Dan kamu tidak (mampu melakukan) apa yang kamu kehendaki kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah".
(Surah Al-Insan 76: Ayat 30)
"TOWER"
Dikendalikan oleh Lajnah Ekonomi, BADAM
mengikut saudara Hazwan, selaku Ketua Lajnah Ekonomi BADAM,
menara yang tinggi itu tidak semestinya gah dengan ketinggiannya, dan yang rendah itu tidak semestinya tiada apa-apa keistimewaannya.
Segala apa yang terjadi di dunia ini, pasti ada hikmahnya. semuanya itu datangnya dari ALLAH s.w.t. yang Maha Mengetahui atas segala apa yang dilakukanNya.
Bacaan Al-Ma'thurat
AKTIVITI pertama apabila sampai di Pantai Mengabang Telipot.
slot TAARUF di antara ahli-ahli BADAM
Dikendalikan oleh Lajnah Takmir Musolla dan Ibadah
Slot ini dapat merapatkan lagi ukhuwwah di kalangan AJK-AJK pelbagai Lajnah dalam Biro Agama, Kerohanian dan Moral (BADAM) JPP sesi 2010/2011. Semasa slot Taaruf ini, mereka dapat saling kenal-mengenali antara satu sama lain kerana sebelum ini mereka hanya berada di dalam lajnah masing-masing tanpa berpeluang mengenali AJK dari lajnah yang lain.
InsyaALLAH pada sebarang program BADAM yang akan datang, mereka dapat saling bantu-membantu kerana telah mengenali antara satu sama lain. malah lebih mudah bagi mereka untuk menjayakan sesuatu program dengan adanya asas Taaruf semasa program pada kali ini

pimpinan BADAM khususnya Lajnah Tamrin semakin mantap.huuhuuu sedihnya xdpt join...
ReplyDelete