Sunday, May 30, 2010

Alhamdulillah.....

Ana masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk mencoretkan sedikit patah perkataan pada blog kali ini.

bermula 20 Mei lagi sehinggalah 26 Mei Ana dan rakan-rakan di IPG KDRI masing-masing sibuk dengan Final Exam bagi PISMP Semester 1. Inilah kali pertama Ana dan rakan-rakan sekelas menduduki peperiksaan di peringkat pengajian ijazah. Agak sukar sedikit jika hendak dibandingkan semasa Foundation dahulu. Pada kali ini Ana dan yang lain terpaksa berjuang lebih lama dalam dewan peperiksaan. ( 2jam setengah ou.....)

Tapi itu dah orang kata sudah menjadi adat peperiksaan, semakin tinggi kita belajar, semakin banyak perkara baru yang kita perolehi. Semakin banyak pemeringkatan ilmu dan pengetahuan yang kita dapat. Ilmu yang ada di atas muka bumi ini milik Allah dan banyak tak terkira. Kita turut dituntut untuk menuntut ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad.

firman Allah:
“Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (QS. Al Kahfi: 109)



“Dan seandainya pohon-pohon di muka bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. Luqman: 27).

1 comment:

  1. salam ziarah adk akk,sde...
    btul2,mkin lme kte blaja mkin byk bnda kite akn thu..dn masa ni lah kita sedar banyak benda kita xtahu sebenarnya..walau camne pun,truskanlah usaha untuk mencari ilmu...=)

    ReplyDelete