Tuesday, October 26, 2010




SALAM IMTIHAN...





Buat sahabat seperjuangan, bakal-bakal pendidik,


Bagaimana persediaan masing masing dalam menghadapi peperiksaan. Sudah semestinya segala keupayaan minda termasuk daya hafalan, kefahaman dan latih tubi dilakukan habis-habisan. MasyaAllah, seperti ke medan peperangan.

Bagus, teruskanlah usaha kalian, moga Allah SWT mengurniakan nikmat kebaikan dan pertolongan terhadap usaha saudara-saudari dalam jihad akademik yang dilakukan. Tapi jangan asyik usaha saje, perintah dan larangan Allah jgn lupa yer!








TIPS-TIPS PEPERIKSAAN...

Pada kesempatan ini, Ana ingin kongsikan sedikit tentang tips-tips peperiksaan yang boleh kita aplikasikan demi keuntungan bersama. Moga-moga sedikit sebanyak tips ini mampu memberi keringanan dan membantu saudara-saudari menempuhi peperiksaan dengan jayanya, insyaAllah...Lepas usaha, jgn luper bertawakkal kepada Allah S.W.T. melalui doa kepada-Nya. Ingat tuu!




1. Kesihatan


Dalam menghadapi peperiksaan, kesihatan memainkan elemen yang sangat penting. Minda yang sihat datangnya dari tubuh yang sihat. Oleh yang demikian, pastikan para calon peperiksaan mendapat makanan yang seimbang. Juga, banyakkan makanan minda seperti kurma dan kismis.

Selain itu, di waktu winter ni, jangan biarkan badan terdedah kepada kesejukan untuk jangka yang lama, atau lebih tepat untuk kita katakan, "keep yourself warm".






Banyakkan minum air kerana air adalah molekul penyerap tenaga yang paling cekap. Ini terbukti melalui kajian saintifik bagaimana molekul-molekul air mampu menyerap perkataan-perkataan dengan memberikan rupa bentuk yang menarik.


Dari sudut alternative medicine juga, kita melihat bagaimana seorang yang cedera dapat dilegakan dengan basuhan air pada kawasan tersebut. Apabila seorang cedera, sel-sel yang cedera seperti kehilangan memori ke kawasan sekitar dan basuhan yang dilakukan dengan segera dengan air dapat membantu penyerapan semula memori-memori yang hilang. Oleh itu, banyakkan meminum air kerana, insyaAllah, ia dapat membantu penyerapan memori dalam pelajaran. Air dapat membantu mengekalkan tahap hidrasi (hydration) pelajar-pelajar dan ini menjamin kelancaran peredaran darah ke otak.





2. Senaman Ringan



Tidak dapat dinafikan peperiksaan selalunya membawa pelajar untuk duduk di meja sambil study berjam-jam. Ini sememangnya tidak sihat.






Selitkan sedikit waktu untuk senaman ringan bagi membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan kecekapan penyerapan glukosa ke dalam badan yang seterusnya memberi kesegaran kepada badan. Apabila badan kita segar, kita akan berasa selesa untuk belajar disamping minda juga akan berasa aktif.

Apabila senaman tidak dilakukan, badan akan terasa lesu, tak bermaya dan ini akan memberikan kesan dan impak negatif terhadap potensi otak.





3. Belajar berkumpulan

Sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar untuk menumpukan waktu-waktu terakhir sebelum peperiksaan untuk belajar bersendirian. Ini bukanlah sesuatu yang tidak baik. Walaubagaimanapun, adalah lebih baik untuk pelajar merancang waktu untuk mewujudkan ulangkaji berkumpulan.





Study Group mampu untuk menjadi satu kaedah yang efektif bagi membantu dalam speed revision. Selain itu, interaksi akademik dengan rakan-rakan juga dapat membantu meluaskan networking sel-sel otak yang akhirnya, insyaAllah mampu memperluaskan potensi kefahaman pelajar-pelajar.





4. Hubungan vertikal

Perkara ini merupakan elemen yang terpenting kerana biarpun lautan usaha, biarpun cerdik geliga, tanpa redha dan pertolongan Allah SWT, maka tidak ada sesiapa yang mampu berjaya.

Satu lagi perkara yang perlu kita letakkan di dalam radar masing-masing, kita mahukan kejayaan dengan redha Allah, bukannya istidraj. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.

Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya. Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan. Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.

Kita mahu biarlah kejayaan kita ni mendekatkan diri kepada Allah bukan sebaliknya. Oleh itu, marilah sama-sama check hubungan dengan Khaliq, kalau agak-agak teruk, marilah mulakan usaha memperbaikinya, bukan untuk exam tetapi jadikan exam sebagai asbab untuk memulakannya.





5. Hubungan horizontal


Hubungan ini juga penting. Di waktu-waktu exam ni, sering akan kita lihat rakan yang selalunya tersenyum riang bersama bertukar menjadi seorang yang serius, kadang-kala seperti tidak pernah berkawan dengan kita. Gurau dijadikan suatu perkara yang serius, perkara remeh bertukar menjadi satu isu. fikir-fikirlah. jangan disebabkan gurauan bodoh kita, menyebabkan hati tidak tenteram, ukhuwwah tergadai. ambil kira emosi sahabat sebelum bergurau...






Oleh yang demikian, apabila menghampiri waktu exam, seorang sahabat, ambillah hati rakan yang lain. Lakukan perkara-perkara yang disukainya, kurangkan senda gurau, banyakkan text-text motivasi yang dapat membina semangat dan keazaman.









Semoga sedikit sebanyak tip-tip yang yang disediakan ini dapat membantu kita semua menghadapi peperiksaan dengan baik. Didoakan juga mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.





1 comment: