Saturday, February 12, 2011

Khatibah Kali ke-1 di Balai Islam al-Muttaqin

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. kerana dengan rahmat dan izinNya dapat kami bersama-sama menjayakan program membina jiwa buat bakal-bakal guru (Muallim, Murabbi, Mu'addib) sekalian. Kehidpuan seorang guru tidak tidak akan terlepas dari tanggungjawab dan peranan sebagai seorang da'ie di atas muka bumi Allah s.w.t. Kita sebagai du'at tidak kira di mana sahaja kita berada, mesti membawa risalah dakwah ke segenap pelosok dunia.

dalam khatibah pada kali ini, Ustaz Sabawi b. Awang (Pensyarah JAPIM) memberi imput yang berguna buat semua guru pelatih yang hadir pada malam tadi. Tajuk "Persiapan para Du'at" diulas secara dasarnya. Para Du'at sekalian perlu menyiapkan diri mereka sebaik mungkin supaya risalah yang kita bawa kepada mad'u (murid, guru-guru, staf, masyarakat dan lain2) dapat bertahan dalam diri mereka hinggalah ke hari penentuan, SYURGA atau NERAKA JAHANNAM? Semoga Di Darul Baqa' nanti, rumah kita adalah SYURGA yang kekal abadi untuk selama-manya. Amiin Ya Rabbal Alamin....




Ustaz Sabawi b. Awang menyampaikan pengisian bertajuk, "PERSIAPAN PARA DUA'AT"



Peserta khatibah kusyuk mendengar pengisian dari Ustaz Sabawi


Dalam pengisian " Persiapan Para Du'at", Ustaz Sabawi cukup menekankan kepada setiap yang hadir supaya bersiap sedia dengan 2 perkara asas sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Abd Karim Zaidan di dalam sebuah buku karangannya (maaf Ana lupa judulnya)

2 PERKARA:

1- Ilmu Pengetahuan
2- Kekuatan Iman


Bacaan surah al-Mulk beramai-ramai...


Berikktiqaf di BIAM....Sebelum qiamullail di pagi hari


Solat Taubat & Tahajjud secara berjemaah, selebihnya nafsi-nafsi...



Setiap yg hadir khatibah telah diamanahkan untuk mengetuk pintu bilik shbt2 yg lain di kolej kediaman
Solat Subuh berjemaah...alhamdulillah ramai juga yang berpeluang, diberi kesempatan oleh Allah trun berjemaah.

selesai solat Subuh, bersama-sama bertadarrus alQur'an


Khatibah ditangguh dengan bacaan Doa Wehdah oleh Ustaz Zaki...


Ukhuwwah fillah, Abadan abada....




Jadilah insan yang menyenangkan dan memudahkan orang sekeliling, jgn jd yg sebaliknya...Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment