Saturday, March 26, 2011

JIWA TAUHID!

Assalamualakum...sahabat2x sekalian.

marilah sama2x kite mengucapkan syukur kepada Allah S.w.t. kerana masih lagi memberi kita pinjaman nyawa untuk terus hidup di atas muka bumi ini sambil mencari bekalan secukupnya untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.


kita sering kali menyalahkan anak murid kerana selalu nakal,ponteng kelas dan lain2x.Pastu kita hukum pulak mereka dengan hukuman yang pelbgai. Ada yang kene rotan, kene tampar, kena cubit, buang sekolah, kaunseling dan sebagainya. Tapi, adakah pernah kite terfikir kenapa benda2x sebegini acap kali berlaku???


setiap benda or perkara yang berlaku x kire baik buruk, kite kene TENGOK and KAJI pada dasarnya. jangan kite tengok murid tersebut pada keadaan semasa dan luaran semata-mata.


contoh analogi mudah, kalo kita tanam sebatang pokok di atas tanah. contohnya pokok mempelam. bila da cukup usia , pokok tersebut akan membuahkan hasil. Tapi yang mendukacitakan bila hasil buah tidak seperti yang diharapkan. buahnya banyak ulat melompat sana sini.


jadi, pekebun merujuk kepada yang pakar. Pak Pegawai Tani akan hal ini. kenapa buah mempelamnya tidak menjadi. Pak Pegawai pom oyakla... " eNCIK, buah mempelam encik ni banyak ulat. Klo mengikut pengalaman saya la encik, biasanya encik kurang taruk baja ataupun akar pokok ni rosak. Sebab tula buah x brape nk menjadi..bla2x..."

Begitu rupanya...Buah x menjadi disebabkan akarnya rosak. So? Apa SOLUSInyer?
Kenela Encik td tu ikhtiar dengan cara len untuk mengubati pokoknya itu dengan bermacam-macam cara. Adakalanya di taruk baja buah, siram pokok, baung buah buruk yg jatuh di sekitar poko dan sebgainya. Itulah usha yang mampu dilakukan.

pengajaran: Cegah lebih baik dari mengubati!



Kita kaitkan balik dengan murid tadi. Apabila murid melakukan kesalahan, kita jangan teros cepat menghukum. mungkin ada sesuatu di sebalik kesalahan yang dilakukan. Sebagai seorang guru kita patot mengkaji murid dari pelbagai aspek termasuklah emosi, rohani, keluarga dan sebagainya.


setelah mengkaji, kita akan memberi apa yang sepatutnya kepada murid tersebut. Cuba sedaya upaya membimbing mereka ke arah landasan yang betul selari dengan kehendak Agama ISLAM yang suci murni. InsyaAllah.


Dua perkara penting yang Ana dapat kongsikan kepada antum sebagai salah satu langkah mencapai Mardhotillah. 1st adalah dengan menanamkan murid-murid atau anak-anak kita dengan JIWA TAUHDI. ini penting sebagai asas yang perlu dipasak ke dalam diri anak2x dari kecil lagi.

Bila da ada JIWA TAUHID kepada Allah s.w.t. yang mantap dalam diri masing-masing, maka mudahlah bagi kita selaku ibu bapa, guru-guru dan lain2x untuk menerapkan ilmu-ilmu lain ke dalam jiwa mereka. jika mereka belajar ilmu sekular sekalipun, mereka tidak akan lari dari landasan agama Allah yang benar ini. Jika mereka btol2x faham, mereka tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang Allah sarankan. Kemudian mudahlah bagi yg mempunyai JIWA TAUHID dalam diri mereka untuk menerima ilmu-ilmu lain yang bersangkut paut dengannya seperti Ibadah,Akhlak dan sebagainya.


2nd, pendidikan akhlak cukup penting untuk diterapkan kepada kanak-kanak di usia yang muda lagi. Bak kata pepatah Melayu, lenturlah buluh biarlah dari rebungnya. Nabi sendiri juga cukup mementingkan akhlak dalam kehidupannya. Akhlak Rasulullah s.a.w. merupakan salah satu cara dakwahnya kepada masyarakat.


Pernah suatu masa ketika Rasulullah s.a.w. semasa peristiwa Fathu Makkah, Rasulullah s.a.w. masuk ke negara itu dengan memberi maaf kepada sesuiapa yang mencaci dan buat perkara tidak baik kepada agama dan dirinya. Ramai di kalangan yang pernah menyakiti Nabi dahulu memeluk Islam atas jasa keperibadian Akhlak Nabi. Mereka yang dahulunya mengkhianati Nabi s.a.w. terpegun dengan keluruhan hati Nabi s.a.w. kerana tidak membunuhnya mush-mushnya. malah memberi keampunan lagi kepada mereka.

Setakat ini dulu coretan Ana, moga diberi masa oleh Allah untuk sambungan...

2 comments:

  1. gud post akhi..segalanya prlu kmbali kpd Islam,ISLAM sahaja lah ubat dan solusi trbaek,mga entry ini brmnfaat~

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...sedkit perkongsian untuk igtn bersama...

    SOLUSI tu yg penting...hehe

    ReplyDelete