Tuesday, November 8, 2011

Belajar no. 1, tapi DAKWAH bukan no. 2 yer...


Dakwah dan belajar.


“Malas aku keluar berdakwah,baik aku belajar je.Bukanke belajar itu juga dakwah?”Dalih seorang teman.
“Ish,aku nak belajar la..Lain kali la aku berdakwah..”Alasan seorang rakan.
“Aku kena pilih ni,antara belajar dan dakwah…”Hujah seorang kawan.
Persoalannya,adakah belajar dan dakwah itu satu pilihan?
Kenapa,apabila kawan ajak kita berdakwah,kita cakap yang kita takde masa untuk belajar,so kita pilih untuk belajar dan tinggalkan dakwah sedangkan apabila disuruh buat pilihan antara Sunway atau belajar,cepat je kita cakap Sunway.Kenapa bila diberi pilihan antara main bola atau belajar,laju je kita jawab main bola.Tapi kenapa apabila diberi pilihan antara dakwah atau belajar,kita susah sangat untuk pilih berdakwah?
Ketahuilah belajar dan berdakwah itu bukanlah satu pilihan tetapi satu kelebihan.Mana tidaknya,untuk menghasilkan output,kita kena ada input. Untuk berdakwah,kita kena belajar.Rasulullah,walaupun baginda sibuk menyeru manusia menyembah Allah,dalam masa yang sama,Rasulullah juga merupakan murid kepada hazrat Jibrail.Kalaulah belajar dan berdakwah satu pilihan,pasti Rasulullah akan tinggalkan belajar dan pilih untuk berdakwah tetapi Rasul tahu bahawa dakwah dan belajar itu bukanlah satu pilihan tetapi satu kewajipan.
“Takpela,aq berdakwah dengan belajar je la..”
Betul,anda boleh menjadi qudwah hasanat kepada sesiapa yang melihat tetapi cuba tanya kepada diri anda sendiri,adakah dengan belajar,anda telah menyampaikan apa yang Allah dan Rasul Nya cakap.Sabda nabi, “sampaikanlah oleh ku walaupun satu ayat.”Adakah dengan belajar,apa yang disampaikan oleh Rasulullah dapat diterjemahkan di medan dakwah?
Ketahuilah bahawa pemikiran manusia berbeza-beza,maka kita selarikan gerak kerja dakwah supaya tidak menimbulkan fitnah kepada orang luar. Aq bukan mencadangkan semua jemaah Islam bergabung dan tubuh satu jemaah, tetapi cara berdakwah itu harus difahami sebetul-betulnya. Dalam hadis di atas,tegur dengan hati yakni dengan menjadi qudwah hasanat,adalah selemah-lemah iman.



 
Seorang juru dakwah tidak boleh “hanya” bermodal dengan apa yang dah ada dalam dirinya semata-mata. Meskpiun kita mengetahui adanya Hadis “ballighuu anni walau ayat” (sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat), tapi itu harus kita tempatkan secara proporsional.Ertinya, Hadis tersebut harus diertikan sebagai cara Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam untuk menggugah semangat, menguatkan motivasi, agar kaum Muslimin lebih giat lagi berdakwah tanpa dihantui perasaan takut.


Ilmu akan membantu para juru dakwah yang telah memiliki keyakinan dan niat baik, untuk mendakwahkan Islam dengan hujjah yang benar dan kuat. Tanpa ilmu, hujjah kita boleh jadi sangat lemah. 

Selamat berjuang buat rakan2 bakal murabbi dan pendakwah sekalian...mulalah dari sekarang!. Belajar no. 1, tapi DAKWAH itu bukan no. 2!


1 comment: