Friday, June 11, 2010

Perkaitan kisah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s.

Perkaitan di antara kedua-dua kisah iaitu Kisah Nabi Ibrahim a.s. dengan Raja Namrud serta Kisah Nabi Musa a.s. dengan Firaun.

Setelah diteliti sejarah kisah tersebut, didapati ada sedikit persamaan kerana kedua-dua raja pada zaman-zaman tersebut takut kepada kemunculan seseorang lelaki yang akan menjatuhkan kekuasaannya sebagai pemerintah yang berwibawa. Malah Namrud dan Firaun ini juga begitu takut kalau-kalau ketaatan rakyat terhadapnya hilang begitu sahaja. Hal ini akan menyebabkan statusnya yang digelar oleh dirinya sendiri sebagai Tuhan kepada manusia akan hilang begitu sahaja jika ada individu yang muncul serta menyebarkan agama baru.

Pada akhirnya, ketakutan yang mereka fikirkan itulah yang memusnahkan diri mereka sendiri. Raja Namrud mati dengan hanya seekor nyamuk. Manakala Firaun mati lemas di laut. Kedua-duanya mati dalam kekufuran.









Jika hendak dikaitkan dengan isu semasa pada hari ini, didapati orang-orang Yahudi cukup berusaha untuk menghapuskan orang-orang yang ingin kembali kepada Islam. Mudah sahaja, kita ibaratkan sejarah Islam ketika zaman Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. yang mana pemerintahnya seperti Raja Namrud dan Firaun pada ketika itu membunuh ramai kanak-kanak lelaki khususnya kerana dikhuatiri akan membawa ajaran baru yang akan terus mengikis kekuasaannya sebagai Tuhan.

Samalah jika hendak dibandingkan dengan kaum Yahudi laknatullah yang ingin terus menerus tanpa perikemanusiaan membunuh orang-orang Islam yang mahu kepada kebenaran dan keredhaan Allah s.w.t. untuk kehidupan di dunia dan kekal abadi dalam syurga Allah s.w.t. di akhirat kelak. Mereka khuatir jika umat Islam terus bangkit dalam tidurnya, sudah pasti kaum mereka( Yahudi) akan kalah dalam segenap bidang.





Sebab itulah, kaum Yahudi ini banyak menyerang umat Islam dalam kehidupan seharian melalui rasuah, makanan, minuman, pakaian dan sebagainya. Semuanya dilakukan secara senyap-senyap tanpa disedari oleh umat Islam.

Jadi, kepada umat Islam hari ini, teruslah bangkit dari tidurmu….
Tingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.
Jika kita bersama dengan agama Allah, sudah pasti Allah akan bersama dan membantu kita. Cuma ujian yang diberikan oleh Allah yang menentukan lambat atau cepat, ada atau tiada pertolongan dari Allah. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri selaku Hamba-hambanya. Bertakwa atau sebaliknya….





ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ اَيْنَ مَا ثُقِفُوْا اِلاَّ بِحِبْلٍ مِّنَ اللهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ

"Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia". Ali Imran, 3:112.


Wallahua’lam…

3 comments:

  1. perkongsian yg amt berguna..penulisan dan olahan ust sede smakin mngkt..trskn mnulis akhi.. (^_^)

    ReplyDelete
  2. bdk2 baru blajar.....
    klo salah tolong ajarkan...

    itulah sifat guru
    hehee...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..pertama kali membaca tulisan adik akak ni..tahniah...teruskan menulis..moga perkongsian ilmu kita diberkati Ilahi..amin

    ReplyDelete